Thursday, 02-Feb-2012 3:08 PM

Tell all your friends about these link !

PENGENALAN ROAD SAFETY MARSHAL CLUB:
Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya (RSMC) adalah sebuah badan NGO yang ditubuhkan pada tahun 2008 bertujuan untuk memberi sokongan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti keselamatan jalan raya serta mengadakan pelbagai program kesedaran keselamatan jalan raya untuk masyarakat.
Kini, RSMC giat membantu Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) dalam usaha advokasi untuk pengguna jalan raya khususnya pemandu kenderaan serta penunggang motosikal tentang kepentingan penggunaan tali keledar depan/belakang serta pemakaian topi keledar.
Kami berkeyakinan RSMC akan dapat membantu agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) serta Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. |
OBJEKTIF:
-
Mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti pencegahan dan program kesedaran keselamatan jalan raya untuk masyarakat.
-
Memberi khidmat marshal untuk aktiviti jogathon, larian amal, konvoi bermotosikal / berbasikal atau perarakan sukan dan lain-lain aktiviti yang melibatkan keselamatan jalan raya.
-
Memberi sokongan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti keselamatan jalan raya anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Majlis Keselamatan Jalan Raya.
-
Untuk melahirkan ahli yang berdisplin di dalam menunggang motosikal secara berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya.
|

Useful link :
COPYRIGHT@ ROAD SAFETY MARSHAL CLUB 2008-2012