Welcome to RSMC The purpose of the Road Safety Marshal Club is to bring together the road users whose common interest is to promote road safety and wish to play a role to promote road safety awareness within communities.


Mailing Address 
No 32, Jalan Wirawati 6, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603 9200 1994      Fax : 603 9200 6995  
website : www.rsmc.org.my

'LEAD TO PROTECT'

HOME

 

15,200 pekerja bermotor maut ketika bertugas

UJI...peserta menjalani Ujian S Track Program Ikhtiar
Hidup Penunggang Motosikal, semalam.

KUALA LUMPUR: Statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan seramai 15,200 pekerja yang menunggang motosikal ketika bertugas dilaporkan terkorban dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, K Selvarajah, berkata selain jumlah itu, pihaknya turut menerima 3,800 tuntutan membabitkan kemalangan kenderaan lain termasuk lori dan kereta.

“Sepanjang tempoh berkenaan, jumlah keseluruhan tuntutan diterima Perkeso adalah 40,916 mengikut Skim Insurans Bencana Pekerjaan merangkumi pelbagai jenis kemalangan sama ada di tempat kerja atau dalam perjalanan pergi dan pulang dari kerja.

“Menyedari pekerja yang terbabit kemalangan ketika menunggang motosikal tinggi, kami mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran golongan itu melalui pelbagai program serta kempen termasuk dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR),” katanya selepas Majlis Perasmian Program Ikhtiar Hidup Penunggang Motosikal di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh.
 

Copyright © RSMC. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to
mvfra_anita@hotmail.com