Welcome to RSMC The purpose of the Road Safety Marshal Club is to bring together the road users whose common interest is to promote road safety and wish to play a role to promote road safety awareness within communities.


Mailing Address 
No 32, Jalan Wirawati 6, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603 9200 1994      Fax : 603 9200 6995  
website : www.rsmc.org.my

'LEAD TO PROTECT'

HOME

Disember 17, 2009
 

Latih penunggang, pembonceng elak nahas


PUTRAJAYA: Kemalangan maut dan kecederaan serius membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal boleh dielakkan jika mereka tidak panik dan boleh mengawal keadaan apabila berdepan keadaan tidak dijangkakan.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, berkata kebanyakan penunggang dan pembonceng motosikal tidak memiliki pengetahuan mencukupi bagi menangani rintangan atau halangan yang muncul secara tiba-tiba.

Beliau berkata, bagi menangani masalah itu, pihaknya akan memperkenalkan Program Ikhtiar Hidup Penunggang Motosikal bertujuan menambah ilmu pengetahuan dan memperkasa kemahiran penunggang dan pembonceng motosikal terutama ketika menghadapi keadaan cemas bagi memastikan keselamatan mereka lebih terjamin.

Melalui program itu, penunggang dan pembonceng diberi latihan menangani keadaan cemas bagi mengelakkan mereka terbabit kemalangan atau kecederaan serius.

“Kita mahu mereka sentiasa bersedia ketika di jalan raya dan perlu berfikir seperti juruterbang yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

 

Copyright © RSMC. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to
mvfra_anita@hotmail.com