Welcome to RSMC The purpose of the Road Safety Marshal Club is to bring together the road users whose common interest is to promote road safety and wish to play a role to promote road safety awareness within communities.


Mailing Address 
No 32, Jalan Wirawati 6, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603 9200 1994      Fax : 603 9200 6995  
website : www.rsmc.org.my

'LEAD TO PROTECT'

HOME

 

Lebih banyak program ikhtiar hidup penunggang motosikal diadakan
20/12/2009 9:23pm

KUALA LUMPUR 20 Dis. — Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan mengadakan lebih banyak program meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengendalikan motosikal agar penunggang dan pembonceng lebih bersedia menghadapi detik cemas semasa di jalan raya.

Ketua Pengarahnya Datuk Suret Singh berkata usaha perlu dilakukan agar mereka tahu apa yang perlu dilakukan jika berdepan dengan sebarang masalah dalam perjalanan mereka.

"Ini merupakan usaha berterusan terhadap perubahan minda untuk membudayakan aspek keselamatan jalan raya (kerana ia) bukan boleh ditukar semalaman, kita juga memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk menjayakannya,” katanya kepada pemberita pada Program Ikhtiar Hidup Penunggang Motosikal di sini hari ini, .

Suret yang juga Pengerusi Keselamatan Jalan Raya Asean berkata, program itu akan dijadikan model dan akan dibawa ke peringkat negara-negara Asean lain.

Katanya program itu turut mendapat sokongan Road Safety Marshal Club (RSMC) yang akan bertanggungjawab menyediakan latihan sama ada kepada jurulatih sekolah memandu mahupun kelab-kelab motosikal mengenai aspek ikhtiar hidup penunggang motorsikal sebagai ”nilai tambah” dalam aktiviti mereka. - Bernama

 

Copyright © RSMC. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to
mvfra_anita@hotmail.com